Forumnya LDK FARIS UG

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bersama Anda Membangun Islam

Login

Lupa password?

Like/Tweet/+1

Latest topics

» Newbie!!... silahkan perkenalkan dirinya disini... ^^
SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SHOLEHA EmptyMon Oct 24, 2011 5:09 am by raden galuh agung permana

» update forum 2
SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SHOLEHA EmptyWed Sep 14, 2011 10:00 am by Admin

» Resep Kue Pernikahan
SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SHOLEHA EmptySat Jun 04, 2011 12:42 pm by aisyah salimah

» Hidup Tak Kenal Kompromi
SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SHOLEHA EmptySat Jun 04, 2011 11:54 am by aisyah salimah

» Rumah Dunia VS Akhirat
SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SHOLEHA EmptySun May 22, 2011 11:59 pm by aisyah salimah

» Selamat Jalan Ibunda Tercinta
SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SHOLEHA EmptySat May 21, 2011 3:48 pm by aisyah salimah

» Cara Youtube tanpa buffer tanpa software
SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SHOLEHA EmptyTue May 10, 2011 8:16 pm by kholis

» tok tok tok...!
SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SHOLEHA EmptyMon May 09, 2011 7:43 pm by santii

» catatan da'wah
SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SHOLEHA EmptySat May 07, 2011 10:08 pm by nadiachya

Gallery


SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SHOLEHA Empty

Top posting users this month

No user

Top posting users this week

No user

    SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SHOLEHA

    Abu_Azzam
    Abu_Azzam
    Jr. Member
    Jr. Member


    Jumlah posting : 96
    HP : 9
    Reputation : 0
    Registration date : 09.02.09
    Age : 43
    Lokasips.minggu

    SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SHOLEHA Empty SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SHOLEHA

    Post by Abu_Azzam Sat Feb 14, 2009 11:49 am

    Sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholeha,hadis ini sudah sering kita dengar,tapi mencapai untuk menjadi wanita sholeha itu bukan hal yang mudah,ada baiknya sama kita baca tulisan ini yang di kirim seseorang kesaya.
    Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam
    bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sholat; seandainya sholat itu sempurna, maka beruntung dan bersyukurlah dia, dan sekiranya tidak sempurna, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajiban fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)
    Disamping menjalankan kewajiban kepada Allah, menunaikan hak dan kewajiban kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

    Terlaksana nya hak dan tanggung jawabkepada suami barulah akan mendapat keridhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, andai suaminya keluar dia akan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar,denagn kata lain bertutur kata yang lemah lembut.

    Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya hilang, maka yang satu juga akan hilang bersamaaan" (Hadis Riwayat Baihaqi)

    Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda beliau: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu tidak amanah setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berhati-hatilh!"

    Taat kepada suami juga merupakan sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal tulisan ini . Taat kepada suami adalah tanggung jawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar bahwa, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahwa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
    Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

    Sikap inilah yang dapat menciptakan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sudah selayaknyalah bersikap baik kepada suami.
    Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, akan mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
    Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya dengan tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

    Berdasarkan uraian ringkas di atas, para wanita sebaiknya mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

      Waktu sekarang Thu Mar 28, 2024 9:09 pm